Economic Times Cayman Islands
SEE OTHER BRANDS

Daily news on business and economy in the Cayman Islands

Pasaran Hadapan Bitget Menduduki #3 Teratas untuk ETH di Tengah-tengah ATH Baharu, Sorotan Laporan Bulanan

VICTORIA, Seychelles, Sept. 12, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, syarikat pertukaran mata wang kripto dan Web3 terkemuka di dunia telah menerbitkan Laporan Ketelusan untuk Ogos 2025, menunjukkan kedudukannya yang kukuh sebagai salah satu pemain paling inovatif dan berdaya tahan dalam industri aset digital. Laporan tersebut mencerminkan satu lagi bulan dengan Bitget mencatatkan kejayaan produk, aktiviti dagangan yang memecah rekod dan inisiatif yang dipacu oleh komuniti yang terus meluaskan pengaruh global Bitget.

Bulan Ogos menyaksikan pelancaran Perpetual Indeks Aset Dunia Nyata (RWA) yang pertama dalam industri, menandakan langkah penting dalam merapatkan jurang antara kewangan tradisional dengan pasaran terpencar. Produk ini membolehkan pengguna untuk berdagang pelbagai ekuiti dan indeks bertoken yang dinamik dalam satu instrumen tunggal, dengan pengimbangan semula yang fleksibel dan penentuan harga yang telus. Selari dengan itu, Bitget mencapai satu pencapaian penting dengan jumlah volum derivatif bulanan sebanyak $750 bilion, menjadikan jumlah terkumpulnya mencecah $11.5 trilion, dan mendapat pengiktirafan dalam Market Data Deep-Dive oleh CoinDesk kerana menndahului kecairan ETH dan SOL di peringkat global.

Pada Ogos, Bitget meneruskan pendahuluannya dalam dagangan derivatif, menduduki tempat antara 3 bursa global terbaik bagi kepentingan terbuka pasaran hadapan Bitcoin dan Ethereum, menurut The Block dan Coinglass. Pasaran hadapan Bitcoin di Bitget melepasi $10 bilion, manakala pasaran hadapan Ethereum secara konsisten kekal antara $5–7 bilion dengan         kepentingan terbuka ETH mencecah lebih $6 bilion pada akhir bulan.

Pertumbuhan serantau turut dipercepat dengan pelancaran Kad Dompet berasaskan USD di seluruh Amerika Latin dengan kerjasama Mastercard. Inisiatif ini telah memperkasakan pengguna di Argentina, Mexico, Colombia, Chile, Peru dan Guatemala untuk membelanjakan stablecoin di lebih 150 juta pedagang di seluruh dunia. Pengenalan deposit segera melalui Visa dan Mastercard telah mempermudahkan lagi proses pembelian fiat dan meluaskan akses kepada kripto untuk pengguna merentasi 140 mata wang.

Ogos turut membawa impak budaya pada skala besar. Daripada mencipta bersama pengalaman Web3 yang mengasyikkan di Festival UNTOLD di Romania, hingga mengukuhkan ekosistem tempatan di Blockchain Rio, GM Vietnam dan Coinfest Asia, Bitget memperkukuh reputasinya sebagai jenama yang menggabungkan teknologi dengan budaya. Pengaktifan ini bertepatan dengan pelancaran GetAgent, pembantu dagangan dikuasakan AI, dan penamat pertandingan dagangan KCGI 2025 yang memecahkan rekod, yang menarik lebih daripada 120,000 peserta dari 80 buah negara.

Token ekosistem Bitget, BGB, turut meningkat sepanjang bulan ini, dengan pembakaran 60 juta token dan integrasi utiliti baharu yang menyokong kenaikan harga sebanyak 3% dan mengukuhkan peranannya sebagai teras platform. Nisbah Bukti Rizab bursa kekal kukuh pada tahap jauh melebihi 1:1, dengan rizab Bitcoin menunjukkan trend hampir 200%, sekali gus terus membezakan Bitget sebagai tempat dagangan yang telus dan selamat semasa fasa pasaran yang tidak menentu.

Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget, berkata: “Setiap pencapaian penting yang kami raih pada Ogos mencerminkan kepercayaan kami bahawa kripto bukan hanya tentang pembinaan pasaran, tetapi juga tentang pembentukan pengalaman yang menghubungkan manusia, idea dan peluang. Daripada mempelopori perpetual RWA hinggalah membawa Web3 ke festival muzik dan bilik darjah, kami membuktikan bahawa kewangan, budaya dan teknologi boleh bergerak maju bersama-sama. Visi kami kekal jelas: untuk memperkasakan komuniti yang benar-benar global dan membina get laluan yang paling dipercayai menuju masa depan bagi aset digital.

Menjelang suku terakhir tahun 2025, bursa ini akan terus meluaskan ekosistemnya, mengukuhkan perkongsian global dan menyediakan cara baharu untuk pengguna di seluruh dunia berinteraksi dengan kripto mengikut syarat mereka sendiri.

Untuk Laporan Ketelusan Ogos penuh, lihat di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada 2018, Bitget merupakan sebuah syarikat bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum dan harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet ialah dompet kripto bukan kustodian terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 blok rantai dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses terus kepada lebih daripada 20,000 DApps, dengan pertukaran termaju dan cerapan pasaran terbina dalam satu platform tunggal.
Bitget memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, seperti peranannya sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi bagi Liga Bola Sepak Terkemuka Dunia, LALIGA di pasaran Timur, Asia Tenggara dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah berganding bahu dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blok rantai bagi 1.1 juta orang menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan bursa mata wang kripto eksklusif bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati: Tapak web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital mungkin berubah-ubah dan mengalami ketidakstabilan harga. Hanya melabur jika anda sanggup menanggung kerugian. Nilai sebarang pelaburan mungkin terjejas dan berkemungkinan tidak mencapai matlamat kewangan atau tidak memperoleh semula pelaburan pokok. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh, dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa pun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang disertakan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/384f41cb-ba8a-4f1b-a58e-a8946616115f


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions